Hi. Im Back :3

Photobucket

Ehem. Okay. Dah lama gila tak menulis. Last entry rasanya 2-3 tahun lepas kot. HAHA. K. Baru ja siap tukar header. Seperti yang anda boleh lihat di atas tu (macam la ada orang baca. kahkah). Edit sikit-sikit. Sekarang tengah cuba untuk aktif balik jadi blogger. Pening aku hadap coding yg serabai tu. Dulu lain. Sekarang dah lain. Pening pening. Hmm.

Sebelum aku aktifkan blog ni balik, aku dah pun padam semua entry yang lepas-lepas. Kenapa? Sebab....Bila aku baca balik rasa macam..... HAHAHAHAHAHAHAHA! Gila kelakarnya aku dulu. Tak matang langsung. Kisah cintan cintun la apa la semua ada. Ejaan pulak takmau kalah. Baik jadi baek. Takut jadi Takod. Mencarut tu tak payah cakap laa. Setiap entry ada. Bajet gila nak mampus ahh. Kalau boleh patah balik, nak ja aku sekeh kepala sendiri masa menulis dulu. Geli aku baca. Malu pun ada. Tak sangka aku sebangang tu dulu. Kahkah. Sekarang umur dah 20. Perangai bangang apa semua tu dah berkurang sikit la kot. Yaa yaa. Aku mengaku aku masih lagi bangang dan belum lagi pulih dari kebangangan tersebut. HAHA. 

Sekarang ni tengah buat diploma Pengajian Video dan Filem dekat Poli Perlis. Poli kesayangan. Uuuuu. Dulu masa SPM bawak aliran sains tulen. Sekali bila diploma, ambik filem. Jauh gila menyimpang! Kahkah. Dah sem 4 dah pun. Dan sedang menjalankan latihan industri dekat syarikat Lineclear Motion Pictures Shah Alam. Lagi sebulan habis la. Ehh. Tak sampai sebulan pun. Berapa hari ja lagi. 17/4 ni last day. Pheww. So itu saje tentang sayeee. Aku tau takda siapa baca pun. Tapi sengaja aku tulis. Mana la tau ada yang nak tau kat mana aku sekarang. HAHA. K selamat tinggal.

Cepat laa habis LI. Cepat laa habis belajar. Tak sanggup dah hadap. Bosang! Nak balik duduk dengan ibu ):

Terima kasih kerana sudi membaca (:

0 Penghuni Bumi :

Post a Comment